Saturday 10 November 2012

FOLIO 1 Maklumat Dan Kelebihan Kompetitif


TOPIK 1 :

Maklumat Dan Kelebihan Kompetitif



Kelebihan Kompetitif ditakrifkan sebagai kelebihan strategik satu perniagaan entiti telah lebih entiti saingan dalam industri yang berdaya saing. Ia akan berlaku apabila organisasi mahu membangunkan atau mahu melaksanakan pengeluaran lebih daripada pesaing-pesaing. Ia adalah tentang bagaimana mereka meletakkan organisasi mereka sebagai utama pesaing ancaman dan bagaimana mereka mahu untuk menjadi yang terbaik di kalangan organisasi lain. Perbezaan itu akan berada di dalam produk, perkhidmatan dan keupayaan mereka. Kelebihan kompetitif adalah gabungan dengan HR dan IS. Bertujuan bagi meningkatkan keuntungan organisasi, untuk memperbaiki komunikasi di kalangan mereka dan untuk memenuhi objektif mereka. Contoh penggunaan IS teknologi melibatkan sistem yang boleh menghubungkan organisasi kepada pembekal, pengedaran atau pelanggan.

Salah satu kelebihan kompetitif adalah seperti persaingan 2 buah organisasi menghasilkan yang menghasilkan produk yang sama, perlu bersaing untuk mendapatkan keuntungan, meningkatkan jualan dan kepuasan pelanggan. Ini bermakna mereka perlu berusaha lebih bagi mencapai matlamat mereka berbanding organisasi lain dalam industri yang sama atau didalam keadaan pasaran yang hadir untuk menjadi yang lebih baik, bahkan mungkin di peringkat yang lebih tinggi.

Tidak dapat dinafikan bahawa dengan adanya sistem maklumat (IT) memberikan banyak kemudahan kepada pengguna untuk mengakses data peribadi. Boleh dikatakan kebanyakkan organisasi menggunakan teknologi ini. Ia dapat memudahkan sesebuah organisasi mengendalikan sesuatu maklumat dengan lebih mudah dan tepat. Setiap Syarikat mesti mempunyai pelbagai persaingan. Walaupun persaingan mempunyai keburukkan, tetapi masih ada kelebihan dalam persaingan. Persaingan merupakan budaya yang sihat. Ia juga dapat meningkatkan kualiti sistem sesebuah organisasi/ syarikat.

Competative Forces
Ia merupakan persaingan yang melibatkan faktor sesebuah syarikat berfikir untuk meningkatkan pasaran agar dapat bersaing dengan organisasi yang lain. Sesebuah syarikat tidak hanya menumpukan sesuatu jenis perniagaan sahaja, kerana ditakuti apabila berlakunya persaingan dan syarikat tersebut tidak dapat bersaing dan keuntungan yang ada pada syarikat jatuh, ini menyebabkan syarikat tersebut sukar untuk menampung kerugian akibat daripada tiada sumber kewangan yang lain dapat menampung kerugian kewangan syarikat tersebut. Oleh sebab itulah, sesebuah Syarikat yang ingin bertahan dari segi kewangan dan mampu menghadapi sesuatu persaingan, syarikat tersebut hendaklah tidak tertumpu pada satu jenis perniagaan sahaja, ini kerana apabila berlakunya kerugian, syarikat tersebut dapat menampung dari sumber kewangan perniagaan yang lain. Contoh syarikat yang mengamalkan pelbagai jenis perniagaan ialah KFC Holding yang menjalankan 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan menjual makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken dan perkhidmatan dalam pendidikan iaitu KFCH International College.


Pesaing terdekat KFC ialah Mcdonald yang merupakan juga penjual makanan segera. Kuasa penawaran kepada pembeli ialah pembeli diberi banyak pilihan untuk membuat pilihan kerana terdapat pelbagai persaingan iaitu banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan atau perniagaan yang sama. Contoh syarikat ialah Mcdonald kerana kini terdapat banyak persaingan antaranya KFC dan juga Marrybrown.


Kuasa pada penjual pula ialah sesebuah syarikat tidak mempunyai persaingan dengan syarikat lain. Syarikat tersebut hanya menawarkan perkhidmatan yang tidak ditawarkan kepada syarikat lain. Contoh syarikat ialah Tenaga Nasional Berhad, yang menawarkan perkhidmatan elektrik. Syarikat ini tidak mempunyai persaingan kerana syarikat ini satu-satunya merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan sumber elektrik. Pembeli tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menggunakan perkhidmatan syarikat TNB kerana tiada pilihan lain.


Terdapat 5 Strategi Kompetitif boleh digunakan oleh organisasi seperti :

  1. Kepimpinan Kos
  2. Kepelbagaian Strategi
  3. Strategi Inovasi
  4. Strategi Pertumbuhan
  5. Strategi Pakatan.


Kelima-lima strategi berikut mestilah dilakukan bersama oleh semua individu yang berada didalam organisasi bagi mencapai matlamat yang diingini oleh mereka dan seterusnya ia akan memastikan kelansungan hidup dalam pasaran semasa.



Cost leadership (Kepimpinan Kos)

Sebagai contoh seperti sebuah syarikat yang menawarkan harga paling murah dengan memberi mutu barang atau perkhidmatan yang rendah. Pada zaman sekarang, kebanyakkan pelanggan tidak mementingkan kualiti perkhidmatan ataupun barang tersebut, mereka lebih mementingkan harga sesuatu perkhidmatan ataupun barangan. Contohnya antara syarikat penerbangan Air Asia dan MAS Airlines. Air Asia mengenakan tambang kapal terbang yang murah tetapi mutu perkhidmatan dan keselesaan kurang memuaskan, berbanding dengan MAS Airlines yang mementingkan mutu perkhidmatan yang tinggi dan terbaik tetapi mengenakan harga tambang yang mahal. Howard et al, (1999) percaya jika reka bentuk dan strategi pembangunan ditangani pada masa yang sama, kelebihan daya saing yang boleh diperolehi (Howard et al, 1999).

Differentiation Strategy (Kepelbagaian Strategi)
Iaitu syarikat yang menawarkan pelbagai strategi untuk meningkatkan menarik minat pelanggan, contohnya pasaraya JUSCO yang memberi ganjaran istimewa kepada pelanggan yang dapat mengumpul mata ganjaran apabila membeli barang di pasaraya tersebut. Pasaraya tersebut dapat berbuat begitu kerana harga barangan tersebut mahal, dan pasaraya GIANT tidak memberikan ganjaran dalam mengumpul mata ganjaran kerana harga barangan di pasaraya tersebut murah.


Innovation Strategies (Strategi Inovasi)
Iaitu syarikat yang menawarkan pelbagai kemudahan kepada pelanggan,contohnya pasaraya TESCO yang berada di luar negara yang memberi kemudahan kepada pelanggannya dengan menyediakan troli berteknologi tinggi iaitu troli tersebut boleh mengira kalori yang terdapat dalam makanan dengan meletakkan makanan di dalam troli tersebut.

Growth Strategy (Strategi Pertumbuhan)
Iaitu syarikat yang mempunyai perniagaan sampingan selain perniagaan utama,
kerana ditakuti apabila berlakunya persaingan dan syarikat tersebut tidak dapat bersaing dan keuntungan yang ada pada syarikat jatuh, ini menyebabkan syarikat tersebut sukar untuk menampung kerugian akibat daripada tiada sumber kewangan yang lain dapat menampung kerugian kewangan syarikat tersebut. Oleh sebab itulah, sesebuah Syarikat yang ingin bertahan dari segi kewangan dan mampu menghadapi sesuatu persaingan, syarikat tersebut hendaklah tidak tertumpu pada satu jenis perniagaan sahaja, ini kerana apabila berlakunya kerugian, syarikat tersebut dapat menampung dari sumber kewangan perniagaan yang lain. Contoh syarikat yang mengamalkan pelbagai jenis perniagaan ialah KFC Holding yang menjalankan 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan menjual makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken dan perkhidmatan dalam pendidikan iaitu KFCH International College.

Alliance Strategy (Strategi Pakatan)
Merupakan syarikat yang bergabung dengan organisasi lain. Hal ini berlaku kerana beberapa faktor, antaranya ialah kewangan syarikat tersebut terjejas dan hampir muflis selain dari itu, ingin meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat. Contoh syarikat yang bergabung ialah antara Maxis dan Adam yang merupakan kedua-dua syarikat telekomunikasi.

Lock In Costumers & Supplies
Iaitu syarikat yang menawarkan sesuatu perkhidmatan dengan harga yang murah dengan syarat pembeli tersebut terikat dengan kontrak pembelian.

Erect Barries to Entry
Iaitu syarikat yang tidak membenar pesaing lain masuk ke kawasan mereka.

Sebagai kesimpulan, organisasi boleh mendapatkan keuntungan, boleh mewujudkan pergantungan pelanggan, boleh mewujudkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan, boleh mengurangkan kos, boleh membuat rangkaian pelanggan dan mengakses laman organisasi mereka dan akan mendapat lain-lain kelebihan. Ia juga akan menjadikan mereka memperbaiki prestasi dan meningkatkan hubungan di kalangan organisasi.


Rujukan


http://en.wikipedia.org/wiki/Competitive_advantage
Chris Laszlo and Nadya Zhexem bayeva, Embedded Sustainability The Next Big Competitive advantage, 2011 Greenleaf Publishing Limited.
H. Russell Johnston, Michael R. Vitale (1988). Creating Competitive Advantage With Interorganizational Information Systems. MIS Quarterly. JSTOR.

Smith, Howard L & Bullers, I Jr William. (1999). A study of strategic information systems design in home health agencies. The Journal of Computer Information Systems, Vol. 6 Issue 2, pp. 10-19.
http://business.clemson.edu/ISE/html/information_systems_for_compet.html
Competitive Strategy: Techniques for analysing industries and competitors. Michael E. Porter. The Free press 1980, revised 1998
Competitive Advantage: Creating and sustaining superior performance. Michael E. Porter. The Free Press 1985, revised 1998