Tuesday 20 November 2012

Global sistem maklumat



Global Sistem Maklumat
Global sistem maklumat merupakan satu sistem yang terdiri daripada maklumat organisasi sama ada berpusat ataupun berdiri dengan sendiri tanpa bantuan ataupun hubungan dari sistem lain yang boleh menyelesaikan keseluruhan masalah berkaitan dengan sistem maklumat sumber manusia.

Terdapat 4 jenis model Sistem Maklumat Sumber Manusia :
• Berbilang negara (Multinational)
• Menyeluruh (Global)
• Antarabangsa (International)
• Transnational


Multinational Model
Merupakan model yang digunakan mengikut kesesuaian dengan negara, suasana dan keadaan. Sistem ini akan diselaraskan mengikut suasana, budaya dan cara kerja di negeri tersebut. Seperti contoh sistem RHB Bank di luar negara amat berlainan dengan sistem yang berada di Malaysia. Dengan ini, apabila sistem ini dimasukkan ke dalam Malaysia, sistem ini hendaklah diselaraskan dengan negara tersebut agar selaras dan mudah digunakan di Malaysia. Jika tidak diselaraskan, kemungkinan besar, untuk mengendalikan sistem tersebut di Malaysia mempunyai masalah, kerana sistem di luar negara tidak sama dengan di Malaysia.

Global Model
Satu model yang dicipta dan disesuaikan dengan semua keadaan. Iaitu satu sistem yang boleh digunakan dengan pelbagai keadaan. Apabila membuat sistem ini, mestilah disesuaikan dengan apa jua keadaan, tidak kira tempat, suasana, dan negeri.

International Model
Model ini merupakan gabungan dari Global Model & Multinational Model. Model ini apabila dibawa ke negara yang hendak digunakan, ia boleh diubah dan disesuaikan mengikut kesesuaian keadaan dan negara tersebut. Tetapi tidak keseluruhan sistem boleh diubah contohnya Safety & Health kerana satu dunia menggunakan bende yang sama dan tidak boleh diubah. Contoh satu sistem yang boleh menggunakan International Model ialah contohnya latihan dan kursus. Kursus dari negara lain boleh dibawa masuk ke Malaysia dan boleh diubah mengikut kesesuaian Malaysia agar boleh digunakan.

MODEL TRANSNATIONAL
Model Transnational  merupakan model ini terdapat kesemua model iaitu Multinational Global, Multinational Model dan International Model. Transnational

TECHNOLOGY ARCHITECTURE OF THE SYSTEM
Terdapat 3 jenis model seni bina teknologi sistem ialah :
• Standalone System Model
• Data Warehouse Model
• Single Integrated System Model

Standalone System Model ialah setiap negara mempunyai sistem mereka sendiri. Dan negara tersebut mempunyai maklumat negara mereka sendiri. Sistem tersebut tidak terdapat maklumat negara lain. Sekiranya mereka hendak maklumat negara lain, mereka perlu ke Global Data Warehouse iaitu tempat di mana semua data berkumpul. Global Data Warehouse terdapat satu sahaja dan ia hanya berada di satu negara yang terpilih sahaja. Global Data Warehouse mempunyai semua data negara lain, tetapi dalam Standalone System Model Global Data Warehouse tersebut tidak berkait dengan sistem di negara lain.
Data Warehouse Model pula menggunakan sistem SAP (iaitu sistem yang paling popular yang merupakan satu platform yang menguruskan semua sistem contohnya penjualan, pemasaran, sumber manusia dan banyak lagi) Segala data yang ada di setiap negeri tertumpu di Data Warehouse. Data di setiap negeri berkait rapat dan saling berhubung. Jika sesebuah negeri itu memerlukan data di negeri lain. Mereka boleh mendapatkannya dengan syarat negara yang dikehendaki tersebut adalah negara yang terdekat yang tinggal satu benua dan bukan benua yang lain. Jika hendak maklumat dari benua yang lain sahaja negara tersebut perlu mendapatkan maklumat di Data Warehouse.
Single Integrated System Model pula ialah sistem di setiap negara tidak tertumpu pada Global Data Warehouse. Apabila negeri yang berlainan memerlukan data di negara lain, mereka tidak perlu ke Global Data Warehouse, mereka hanya perlu berinteraksi dengan negara yang mereka perlukan datanya.

Rujukan :
See Karen Beaman. “On Globalizing HRIS: Moving to a Transnational Solution.” IHRIM.link. December/January 2000. pp. 32-36.