Thursday, 18 December 2014

Undang-undang 17: Sepakan Penjuru

Undang-undang 17: Sepakan Penjuru



Sepakan penjuru adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan.

Sepakan penjuru adalah diberi apabila keseluruhan bola, melintasi garisan gol, sama ada di tanah atau di udara akhir sekali disentuh oleh pemain pertahanan dan gol dijaringkan mengikut undang-undang 10.

Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap pasukan lawan.




Prosedur

Bola mesti diletakkan dalam lengkuk penjuru yang paling hampir dengan tempat di mana bola melintasi garisan gol.

  •      Tiang bendera penjuru tidak boleh di alihkan.
  •     Pemain-pemain lawan mesti berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari lengkok penjuru sehingga bola berada di dalam permainan.
  •       Bola mesti disepak oleh pemain pasukan penyerang.
  •       Bola berada di dalam permainan apabila ianya disepak dan bergerak.
  •    Penyepak tidak boleh memainkan bola sekali lagi sehingga ianya telah menyentuh oleh pemain lain.





Pelanggaran dan Hukuman

Sepakan penjuru yang dibuat oleh pemain selain daripada penjaga gol

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh pemain lain:

  •       Sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku.


Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain 

  • Sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat ditempat kesalahan berlaku.
  • Sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penyepak itu.





Sepakan penjuru yang dibuat oleh penjaga gol

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola sekali lagi kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh pemain lain:

  •      Sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat ditempat kesalahan berlaku. 


Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:

  •       Sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, jika kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol itu dan sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku.

  •       Sepakan percuma tidak terus adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penjaga gol itu dan sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku.


Bagi pelanggaran lain:


sepakan dibuat semula.

Undang-Undang 16: Sepakan Gol

Undang-Undang 16: Sepakan Gol



Sepakan gol adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan sepakan gol adalah diberi apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol, sama ada di tanah atau di udara dan akhir sekali disentuh oleh pemain pasukan menyerang dan gol tidak dijaringkan mengikut undang-undang 10.

Gol boleh dijaring terus dari sepakan gol tetapi hanya terhadap pasukan lawan.



Prosedur

  •    Bola disepak dari mana-mana tempat di dalam kawasan gol oleh pemain pasukan bertahan. 
  •      Pemain-pemain pasukan lawan berada di luar kawasan penalti sehingga  bola berada di dalam permainan.
  •    Penyepak tidak boleh memainkan bola sekali lagi sehingga ianya menyentuh oleh pemain lain.
  •      Bola dikira dalam permainan apabila ianya disepak terus melepasi kawasan penalti.





Pelanggaran dan Hukuman

jika bola tidak disepak terus melepasi kawasan penalti:

      Sepakan dibuat semula.




Sepakan gol yang dibuat oleh pemain selain daripada penjaga gol

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebeluma ianya menyentuh oleh pemain lain:

   Sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan itu dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain

   Sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.

  • Sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penyepak itu.




Sepakan gol yang dibuat oleh penjaga gol

Jika setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh pemain lain:

  •     Sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku.


Jika, setelah bola berada dalam permainan, penjaga gol sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:

  •     Sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, jika kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol itu sepakan dibuat di tempat kesalahan itu berlaku.

  •    Sepakan percuma tidak terus adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penjaga gol itu, sepakan dibuat ditempat kesalahan.


Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini:

sepakan dibuat semula.

Undang- undang 15: Lontaran Ke Dalam

Undang- undang 15: Lontaran Ke Dalam




Lontaran ke dalam adalah suatu untuk memulakan semula permainan.

Lontaran ke dalam adalah diberi kepada pasukan lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara.

Gol tidak boleh dijaringkan terus dari lontaran ke dalam.







Prosedur

Semasa melontar bola ke dalam, pelontar
      Mengadap ke padang permainan.
      Sebahagian dari tiap-tiap kakinya berada di atas garisan tepi atau di atas tanah di luar garisan tepi atau di atas tanah di luar garisan tepi.
      Memegang bola dengan kedua-dua tangannya.

      Melontar bola dari belakang dan melalui atas kepalanya.
      Melontar dari tempat di mana keluar dari padang permainan.
      Semua pemain lawan mesti berdiri tidak kurang 2m (2 ela) dari tempat di mana lontaran ke dalam itu dibuat.
      Bola dikira di dalam permainan apabila ia masuk ke dalam padang permainan.
      Setelah melontar, pelontar tidak boleh menyentuh bola sekali lagi sehingga ianya telah menyentuh oleh pemain lain.

Pelanggaran dan Hukum

Lontaran ke dalam oleh pemain selain daripada penjaga gol

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, pelontar menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh oleh pemain lain:

      Sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku.

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, pelontar dengan sengaja memengang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:

      Sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan itu dibuat di tempat mana kesalahan beraku.

      Sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti pelontar itu.




Lontaran ke dalam oleh penjaga gol

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh pemain lain:

sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:

sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol berkenaan dan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku.
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penjagi gol berkenaan, sepakan itu dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.

Jika seorang pemain lawan dengan cara tidak adil mengganggu tumpuan atau menghalang pelontar:

      Dia diberi amaran kerana kelakuan tidak bersemangat sukan.

Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini:


Lontaran ke dalam adalah dibuat oleh pemain pasukan lawan.

Undang- undang 14: Sepakan Penalti

Undang- undang 14: Sepakan Penalti





Sepakan penalti dikenakan ke atas pasukan yang melakukan salah satu daripada sepuluh kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus di dalam kawasan penaltinya semasa bola di dalam permainan.

Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penalti.

Tambahan masa adalah dibenar untuk sepakan penalti yang akan dibuat pada akhir setiap bahagian masa atau pada akhir tempoh masa tambahan





Posisi Bola dan pemain-pemain

Bola:
Mesti diletakkan di tanda penalti.

Pemain yang membuat sepakan penalti
Mesti dikenal pasti.



Penjaga gol bertahan

   Mesti berada di atas garisan gol, menghadap penyepak di antara tiang-tiang gol sehingga bola disepak.



Kedudukan pemain-pemain selain daripada penyepak mesti berada:
        Di dalam padang permainan.
        Di luar kawasan penalti.
        Di belakang tanda penalti.
        Sekurang-kurang 9.15 m (10 ela) dari tanda penalti.



Prosedur
     Setelah semua pemain mengambil tempat menurut undang-undang, Pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat.
      Pemain yang mebuat sepakan penalti mesti menyepak bola ke hadapan.
     Dia mesti tidak memainkan bola sekali lagi sehingga bola menyentuh oleh pemain lain.
     Bola dikira di dalam permainan apabila disepak dan bergerak ke hadapan.

Apabila sepakan penalti dibuat pada masa permainan biasa, atau masa yang dilanjutkan pada separuh masa atau masa penuh untuk membolehkan sepakan penalti dibuat atau dibuat semula, jaringan gol adalah diberi jika, sebelum melintasi di antara tiang-tiang gol dan dibawah palang gol:
  • Bola menyentuh satu atau kedua-dua tiang gol dan/atau palang gol dan/ atau penjaga gol
  • Pengadil memutuskan bila sepakan penalti itu telah disempurnakan.



Pelanggaran dan Hukuman

Jika pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat, dan sebelum bola berada di dalam permainan, salah satu dari yang berikut:

Pemain  yang  membuat  sepakan  penalti  melanggar  Undang-undang Permainan: pengadil membenarkan sepakan diteruskan.

   Jika bola masuk kedalam gol, sepakan dibuat semula.

  Jika  bola  tidak  masuk  ke  dalam  gol,  pengadil  berhentikan  permainan dan mulakan semula permainan dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan bertahan di tempat mana kesalahan berlaku.


Penjaga gol melanggar undang-undang Permainan:
      Pengadil membenarkan sepakan diteruskan.
      Jika bola masuk ke dalam gol, jaringan diberi.
      Jika bola tidak masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula.


Rakan  pemain  yang  membuat  sepakan  melanggar  Undang-undang Permainan:
Pengadil membenarkan sepakan diteruskan.
      Jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula.
      Jika  bola  tidak  masuk  ke  dalam  gol,  pengadil  berhentikan  permainan
      Dan mulakan semula permainan dengan sepakan percuma tidak terus
      Kepada pasukan bertahan di tempat mana kesalahan berlaku.


Rakan Penjaga gol melanggar Undang-undang Permainan:
Pengadil membenar sepakan diteruskan.

      Jika bola masuk ke dalam gol, jaringan diberi.
      Jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula.

Seorang pemain dari kedua-dua pasukan bertahan menyerang melanggar Undang-undang Permainan

    Sepakan dibuat semula. Jika selepas sepakan penalti dibuat.

Penyepak menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum bola menyentuh oleh pemain lain:
Sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku. (rujuk undang-undang 13 - kedudukan sepakan percuma).

Penyepak dengan sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:
    Sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 - Kedudukan Sepakan Percuma).

Bola disentuh oleh anasir luar semasa ianya bergerak ke hadapan:
    Sepakan dibuat semula

Bola melantun ke dalam padang permainan dari penjaga gol, palang gol atau tiang gol dan kemudiannya disentuh oleh anasir luar:
Pengadil berhentikan permainan


Permainan dimulakan semula dengan jatuhan bola ditempat bola disentuh anasir luar, kecuali jika ianya menyentuh anasir luar di dalam kawasan gol maka Pengadil membuat jatuhan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada semasa permainan diberhentikan.