Wednesday 17 December 2014

Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan

Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan


(a) Tempoh permainan

Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan keduadua pasukan.Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan.Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.

(b) Masa Rehat
Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

(c) Masa tambahan
Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapakan rawatan.

(d) Tendangan penalti
Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.

(e) Pemberhentian perlawanan
Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan


(a) Tugas
Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugastugas pembantu pengadil ialah:
  1. Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan.
  2. Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang.
  3. Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan  offsaid.
  4. Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan  pengadil utama.



(b) Pembantu

Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.

Undang-undang 5: Pengadil

Undang-undang 5: Pengadil


(a) Kuasa pengadil

Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak.

(b) Tugas Pengadil
Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil:
  1. Melaksanakan undang-undang perlawanan.
  2. Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.
  3. Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.
  4. Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4.
  5. Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan.
  6. Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar.
  7. Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang.
  8. Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada  pengadil.
  9. denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan.
  10. Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang.
  11. Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan.
  12. Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya.
  13. Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.




(c) Keputusan pengadil
Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil.


Undang-undang 4: Peralatan Pemain

Undang-undang 4: Peralatan Pemain


(a) Keselamatan
Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang bolehmembawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.


(b) Peralatan asas
Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain:
I  . Jersi
II . Kasut bola
III. Seluar pendek
IV . Stoking
V  . Pelindung kaki



(a) Pelindung kaki (shin guards)
Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.

(b) Penjaga Gol
Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil.


(c) Pelanggaran Peraturan
Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.



Undang-undang 3: Bilangan Pemain

Undang-undang 3: Bilangan Pemain


(a) Pemain
Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol.Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.




(b) Perlawanan Rasmi
Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuanpersatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran.Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain).




(c) Nama pemain gantian
Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.



(d) Peraturan pemain gantian
Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenangwenangnya.Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.


(e) Pertukaran Penjaga Gol

Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat.

Undang-undang 2: Bola

Undang-undang 2: Bola



Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g.



Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja.Berikut merupakan bentuk bola yang dimaksudkan.






Undang-undang 1: Padang Permainan

Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa(FIFA).


Undang-undang Permainan
Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini.


Undang-undang 1: Padang Permainan





(a) Permukaan Padang
Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan.





(b) Ukuran padang

Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1.5 ):

Panjang  : Minimum 90m (100 ela)
Maksimum : 120m (130 ela)
Lebar    : Minimum 45m (50 ela)
Maksimum : 90m (100 ela)



Ukuran padang pertandingan antarabangsa:
Panjang  : Minimum 100m (110 ela)
Maksimum : 110m (120 ela)
Lebar    : Minimum 64m (70 ela)
Maksimum : 75m (80 ela)



(c) Kawasan padang
Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).




(d) Kawasan gol
Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.




(e) Kawasan penalti
Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol.Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol.Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti.




(f)Tiang bendera
Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.


(g) Lengkungan sudut
Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan.






(h) Tiang gol

Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).