FOLIO
1
Introduction
About HRIS
Sebenarnya aku agak bingung tentang HRIS pada awal
semester. Tetapi lama-kelamaan aku dapat menyesuaikan diri dan pemahaman,
walaupun tidak menyeluruh sekurang-kurangnya aku faham akan fungsi dan matlamat
HRIS dibangunkan. Kerana aku sering berhadapan dengan sistem-sistem seperti ini
di dalam kerja seharian. Pelajar-pelajar perdana pasti agak lebih sukar
memahaminya kerana belum berhadapan dengannya secara manual dan pasti ia
menyukarkan mereka membayangkan. Berdasarkan pemahaman aku terhadap HRIS iaitu Sistem Maklumat Sumber Manusia merupakan sesuatu yang amat
penting dalam setiap organisasi. HRIS juga amat berguna kepada aku kerana aku
mengaplikasikan sistem HRIS dalam setiap aktiviti dan pekerjaan yang aku
lakukan. HRIS merupakan sistem yang berfungsi sebagai tiang belakang. HRIS dan
aku tidak dapat dipisahkan dalam pekerjaan seharian dan aku akui ianya amat
berguna dalam menyelesaikan beban tugas seharian. HRIS juga memudahkan aku
setiap hari dan setiap masa dalam kegiatan seharian. Sebagai seorang pembantu
pengurus aku merupakan orang kuat di samping majikan dan juga merupakan orang
tengah antara majikan dan pekerja yang lain. Oleh sebab itulah, 98% kerja
seharian berkaitan dengan sistem HRIS. Justeru, pada pendapat aku HRIS
amat membantu aku dalam melaksanakan tugasan.
Selain daripada itu, HRIS dapat membantu dalam
menguasai teknologi IT. Di mana, asas komputer yang aku miliki mampu untuk
meningkatkan penggunaan sistem maklumat berasaskan ilmu pengetahuan terhadap
IT. Aku juga mampu untuk meningkatkan tahap IT untuk lebih menguasainya dan
menjadikan aku lebih mahir dalam mengaplikasikan kemahiran IT untuk pelbagai
kegunaan seiring dengan peningkatan generasi celik IT yang mampu menggugat
kemahiran di antara generasi dahulu dan sekarang. Aku turut boleh menyimpan
rekod pekerja–pekerja lain dengan lebih teratur dan mudah difahami oleh
individu yang lain.
Globalisasi dan pembangunan (K-Ekonomi) dalam
persaingan sesebuah organisasi memerlukan keperluan pekerja-pekerja yang
berdedikasi terhadap organisasinya. Oleh yang demikian, sektor sumber
manusia kepada organisasi terbabit haruslah mantap dan praktikal dalam konteks
persekitaran perniagaan yang dinamik pada masa sekarang.Ini kerana IT dianggap
sebagai strategi penting bagi menjana pertumbuhan dan kemajuan sosioekonomi
bagi sesebuah negara.
“Nampaknya, ICT merupakan agenda penting kepada
kemajuan negara terutamanya dari perspektif pembangunan negara dalam bentuk
moden dan berorientasikan masa hadapan”. (Abdul Manaf Bohari, Mohd.Adn
Omar: 2006:ms2)
Pada pendapat aku, kepentingan IT bukan sahaja
terhadap sektor sumber manusia tetapi merangkumi keseluruhan operasi sesebuah
organisasi.Ini terjadi apabila wujudnya keperluan yang mendalam terhadap IT dan
juga penggunaan HRIS yang mana ianya memberikan terhadap kepentingan IT. Selain
daripada itu, HRIS mampu untuk mengurangkan pekerja yang buta IT, sekali
gus mampu melahirkan pekerja yang celik IT. Ini juga memberikan aku
kelebihan dalam penggunaan komputer dengan lebih efektif untuk memperoleh
maklumat di hujung jari. Malaysia juga di antara salah sebuah negara yang
berpotensi sebagai peneraju ICT.
“Secara keseluruhannya, Malaysia berada di kedudukan
ke -30 ICT dunia dan tempat ke-12 dalam kategori negara berpotensi sebagai
peneraju”. (Abdul Manaf Bohari, Mohd.Adn Omar: 2006:ms11)
Berdasarkan
kenyataan tersebut, ia menunjukkan perkembangan pesat penggunaan internet telah
meningkat daripada tahun ke tahun. Peningkatan tersebut telah mewujudkan
perkembangan positif terhadap penerimaan teknologi internet kepada masyarakat
kita. Justeru itu, kerajaan dengan kerjasama TM telah menambahkan keperluan
untuk mewujudkan jalur lebar tanpa wayar kepada masyarakat Malaysia.
Peningkatan ini memberi impak positif kepada organisasi dengan membantu
sesebuah organisasi meningkatkan dan menjana pendapatan dalam faktor-faktor
seperti pembangunan sumber manusia utama. Contohnya tenaga pakar pekerja
yang ramai, keupayaan menguruskan sumber dana yang seimbang, memupukkan budaya
kerja yang inovatif dan orientasi sesama pekerja sebagai masyarakat yang dapat
diterima oleh setiap pekerja dalam organisasi terbabit.
“Teknologi internet merupakan salah satu daripada
alatan IT terpenting. Dalam konteks negara Malaysia, internet secara umumnya
telah diterima oleh masyarakat walaupun ia belum digunakan secara total.
Bilangan pengguna internet pada tahun 2000 adalah sekitar 4 juta.” (Abdul Manaf
Bohari, Mohd.Adn Omar: 2006:ms15)
Pembangunan sistem maklumat sumber manusia akan
menghasilkan cara kerja ataupun sistem kerja yang lebih interaktif dan
menghasilkan organisasi yang dilengkapi oleh ciri-ciri organisasi yang termaju.
Setiap organisasi perlu membangunkan kemajuan sumber manusianya seiring dengan pembangun
insan pekerjanya agar teknologi dapat diseimbangkan. Perkembangan yang pesat
ini mampu untuk memberikan faedah kepada pembangunan dan peningkatan teknologi
kepada organisasi itu sendiri.
“Namun jika pembangunan insan tidak dititikberatkan
seiring dengan pembangunan teknologi, maka manusia akan menjadi hamba kepada
teknologi yang mereka ciptakan.”(Abdul Manaf Bohari, Mohd.Adn Omar: 2006:ms15)
Dalam konteks pemahaman, setiap pembangunan sumber
manusia haruslah disusun atau memastikan penggunaan sumber manusia selari
dengan keperluan manusia sebagai pekerja organisasi terbabit.
Rujukan
- Abdul Manaf Bohari dan Mohd Adan Omar (2006). Sistem Komputer Dalam Pengurusan Perniagaan. Pearson Prentices Hall.
- http://www.egyankosh.ac.in/bitstream/123456789/35846/1/MTM2-08.pdf
- http://help.sap.com/printdocu/core/print46b/en/data/en/pdf/PAIS.pdf
No comments:
Post a Comment