Global Sistem Maklumat
Global sistem maklumat
merupakan satu sistem yang terdiri daripada maklumat organisasi sama ada
berpusat ataupun berdiri dengan sendiri tanpa bantuan ataupun hubungan dari
sistem lain yang boleh menyelesaikan keseluruhan masalah berkaitan dengan
sistem maklumat sumber manusia.
Terdapat 4 jenis model
Sistem Maklumat Sumber Manusia :
•
Berbilang negara (Multinational)
•
Menyeluruh (Global)
•
Antarabangsa (International)
•
Transnational
Multinational
Model
Merupakan model yang
digunakan mengikut kesesuaian dengan negara, suasana dan keadaan. Sistem ini
akan diselaraskan mengikut suasana, budaya dan cara kerja di negeri tersebut.
Seperti contoh sistem RHB Bank di luar negara amat berlainan dengan sistem yang
berada di Malaysia. Dengan ini, apabila sistem ini dimasukkan ke dalam
Malaysia, sistem ini hendaklah diselaraskan dengan negara tersebut agar selaras
dan mudah digunakan di Malaysia. Jika tidak diselaraskan, kemungkinan besar,
untuk mengendalikan sistem tersebut di Malaysia mempunyai masalah, kerana
sistem di luar negara tidak sama dengan di Malaysia.
Global
Model
Satu model yang dicipta
dan disesuaikan dengan semua keadaan. Iaitu satu sistem yang boleh digunakan
dengan pelbagai keadaan. Apabila membuat sistem ini, mestilah disesuaikan
dengan apa jua keadaan, tidak kira tempat, suasana, dan negeri.
International
Model
Model ini merupakan
gabungan dari Global Model & Multinational Model. Model ini apabila dibawa
ke negara yang hendak digunakan, ia boleh diubah dan disesuaikan mengikut
kesesuaian keadaan dan negara tersebut. Tetapi tidak keseluruhan sistem boleh
diubah contohnya Safety & Health kerana satu dunia menggunakan bende yang
sama dan tidak boleh diubah. Contoh satu sistem yang boleh menggunakan International
Model ialah contohnya latihan dan kursus. Kursus dari negara lain boleh dibawa
masuk ke Malaysia dan boleh diubah mengikut kesesuaian Malaysia agar boleh
digunakan.
MODEL TRANSNATIONAL
Model Transnational
merupakan model ini terdapat kesemua model iaitu Multinational Global,
Multinational Model dan International Model. Transnational
TECHNOLOGY ARCHITECTURE
OF THE SYSTEM
Terdapat 3 jenis model
seni bina teknologi sistem ialah :
•
Standalone System Model
•
Data Warehouse Model
•
Single Integrated System Model
Standalone
System Model ialah setiap negara mempunyai sistem
mereka sendiri. Dan negara tersebut mempunyai maklumat negara mereka sendiri.
Sistem tersebut tidak terdapat maklumat negara lain. Sekiranya mereka hendak
maklumat negara lain, mereka perlu ke Global Data Warehouse iaitu tempat di
mana semua data berkumpul. Global Data Warehouse terdapat satu sahaja dan ia
hanya berada di satu negara yang terpilih sahaja. Global Data Warehouse
mempunyai semua data negara lain, tetapi dalam Standalone System Model Global
Data Warehouse tersebut tidak berkait dengan sistem di negara lain.
Data
Warehouse Model pula menggunakan sistem SAP (iaitu
sistem yang paling popular yang merupakan satu platform yang menguruskan semua
sistem contohnya penjualan, pemasaran, sumber manusia dan banyak lagi) Segala
data yang ada di setiap negeri tertumpu di Data Warehouse. Data di setiap
negeri berkait rapat dan saling berhubung. Jika sesebuah negeri itu memerlukan
data di negeri lain. Mereka boleh mendapatkannya dengan syarat negara yang
dikehendaki tersebut adalah negara yang terdekat yang tinggal satu benua dan
bukan benua yang lain. Jika hendak maklumat dari benua yang lain sahaja negara
tersebut perlu mendapatkan maklumat di Data Warehouse.
Single
Integrated System Model pula ialah sistem di setiap negara
tidak tertumpu pada Global Data Warehouse. Apabila negeri yang berlainan
memerlukan data di negara lain, mereka tidak perlu ke Global Data Warehouse,
mereka hanya perlu berinteraksi dengan negara yang mereka perlukan datanya.
Rujukan :
See Karen Beaman. “On
Globalizing HRIS: Moving to a Transnational Solution.” IHRIM.link.
December/January 2000. pp. 32-36.
No comments:
Post a Comment