i) Bentuk Data
KAJIAN KUANTITATIF
|
KAJIAN KUALITATIF
|
Data berbentuk angka yang boleh diukur.
|
Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui
temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.
|
ii) Instrumen Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
|
KAJIAN KUALITATIF
|
Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan
ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat
pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.
|
Penyelidik adalah instrumen utama memungut data.
Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati
sendiri fenomena yang ingin dikaji.
|
iii) Reka bentuk Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
|
KAJIAN KUALITATIF
|
Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut
|
Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh
diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi
|
iv) Peserta Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
|
KAJIAN KUALITATIF
|
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah
sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu
|
Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian.
Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian
|
v) Metodologi Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
|
KAJIAN KUALITATIF
|
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili
populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian
|
Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak
berasaskan kebarangkalian
|
KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)
Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan
kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data
kuantitatif dan data kualitatif.
No comments:
Post a Comment