Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan
(a) Permulaan perlawanan
Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan
gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling.
Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan, sekiranya
pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang
lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.
(b) Sepak mula
Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali
perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas
jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa
tambahan masa.Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah.
(c) Prosedur
Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan
lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa
sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah
kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah
perlu membuat sepak ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya yang
lain. Pemain yang mengambil mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum
ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol,
sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan. Undang-undang 9: Bola Masuk dan
Keluar Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari
padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di
udara garisan padang. Permainan akan diteruskan kembali dengan:
- Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar.
- Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan.
- Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-undang.
No comments:
Post a Comment