TAJUK 1 :
Web Berasaskan Teknologi Dan Pembelajaran Dan Pembangunan Pekerja
Menurut Certo (2000) “states that the purpose of training is to increase the producitivity of employees by influencing their behaviours. Training can be define as a method used to give new or present employees the skills required to perform their jobs.”Berdasarkan proses pembelajaran yang aku lalui, maka dapat aku jelaskan bahawa Teknologi dan Pembelajaran dan Pembangunan Pekerja bermaksud bahawa kebanyakan ataupun setiap latihan yang diberikan oleh pihak oganisasi mempunyai tujuan yang tersendiri. Setiap latihan yang disediakan oleh setiap organisasi adalah bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan juga untuk menpengaruhi kelakuan ataupun tingkahlaku pekerja terbabit. Namun bagi aku, setiap latihan yang telah disediakan atau yang akan diberikan kepada organisasiku kepada diriku adalah sesuatu yang amat aku hargai. Hal ini kerana bagiku melalui setiap program latihan yang aku ikuti membolehkan aku untuk mempelajari dan menimba pengetahuan yang baru.
Dalam erti kata lain, setiap program latihan terbabit telah memberikan kesan positif kepada aku kerana melalui setiap latihan tersebut aku bukan sahaja pergi untuk mendapat pengetahuan bahkan aku juga dibayar dan diberikan elaun perjalanan dan makanan dan minuman. Sungguh beruntung aku kerana dapat mengikuti latihan dan tidak dikenakan sebarangbayaran bahkan aku pula dibayar. Satu lagi faktor yang paling penting juga adalah gajiku turut dikira semasa aku menjalani program latihan terbabit. Melalui pembelajaran aku di dalam kelas pula, aku mengetahui bahawa latihan ditaksirkan sebagai satu kaedah yang digunakan untuk memberi pengetahuan tidak kira kepada pekerja baru ataupun pekerja sedia ada. Selain daripada itu, setiap latihan yang telah atau akan dijalankan membolehkan pekerja-pekerja didalam organisasi untuk mendapat semua kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan dan melaksanakan tugas atau kerja mereka masing-masing.
Manakala menurut Armstrong (19920) “talks about the concept of planned training. Planned training is a deliberate intervention on the job (Kenney abd Reid1988), there is reference to the importance of setting objectives and the planning of the training programmer using the right combination of training techniques and locations in order to achive the trainning objectives.” Pemahaman yang aku pelajari adalah berkaitan dengan konsep latihan yang telah dirancang. Ini bermakna latihan yang dirancang adalah campur tangan yang sengaja di tempat kerja (Kenney dan Reid1988), merujuk kepada kepentingan menetapkan objektif dan perancangan pengaturcara latihan menggunakan kombinasi teknik-teknik latihan dan lokasi. Aku faham bahawa setiap latihan yang disediakan bertujuan untuk mendapatkan prestasi, sikap dan perubahan tingkah-laku dengan melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki. Dan bagi memaksimumkan prestasi kapotents untuk meningkatkan produkitivi organisasi. Latihan merupakan sistem integratif yang memerlukan perkara-perkara lain pada tahap kerjasama yang tinggi dikalangan pengguna dan pelbagai aktiviti HRM yang dijalankan.
Secara umum, pendidikan adalah 'persediaan minda' dan dijalankan jauh dari kawasan kerja sebenar.Latihan pembangunan yang sistematik, sikap, pengetahuan dan kemahiran adalah ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang untuk melakukan tugasan yang diberi dan menbangunkan pertumbuhan individu dari segi kebolehan, kefahaman dan kesedaran.
Dalam sesebuah organisasi ketiga-tiganya adalah perlu untuk membangunkan pekerja demi menjalankan tugas gred lebih tinggi, menyediakan latihan konvensional untuk pekerja baru dan meningkatkan kecekapan dan piawaian prestasi. Agar ia dapt memenuhi keperluan perundangan dan memaklumkan pekerja baru untuk mengikuti program induksi latihan serta kursus pra-persaraan.
Dari masa ke semasa, keperluan khas yang timbul dari teknikal, perundangan, pengetahuan dan perubahan perlu dipenuhi. Memenuhi keperluan latihan kepada pekerjanya, di mana keperluan tugas dan perubahan dalam kandungan kerja akan memerlukan pekerja yang akan disediakan.
Cadangan-cadangan yang dibuat oleh kakitangan dan pegawai perkhidmatan pengurusan kakitangan seperti mereka-bentuk latihan adalah jauh lebih baik daripada merangka kursus.Di mana aktiviti-aktiviti seperti belajar daripada pemerhatian pekerja terlatih dan menerima bimbingan dari senior boleh disertakan. Penilaian keberkesanan latihan dilakukan untuk memastikan bahawa ianya kos efektif, serta untuk mengenal pasti keperluan untuk mengubah suai atau melanjutkan apa yang disediakan. Selain untuk mendedahkan keperluan baru dan mentakrifkan semula keutamaan dan yang paling penting untuk memastikan bahawa objektif latihan sedang dipenuhi.Pemahaman yang kedua mungkin tidak mudah untuk ditentukan, di mana keputusan tidak boleh diukur secara matematik.
Dalam hal sikap dan perubahan tingkah laku, kebolehan kepimpinan, dorongan, cita-cita yang dipupuk dan sebagainya adalah pencapaian yang dicari oleh penghakiman kakitangan kanan. Pengesahan yang tepat mungkin mustahil tetapi pada keseluruhannya , penghakiman menggalakkan kerjasama pengurus dalam keperluan mengenal pasti, melepaskan kakitangan dan membantu dalam usaha latihan akan berhenti. Dalam membuat pertimbangan, pengurus kanan akan mempersoalkan sama ada usaha-usaha yang dibelanjakan telah dihasilkan lebih berkesan, cekap, pekerja fleksibel dan hasil yang lebih cepat dalam membuat pendatang baru berpengetahuan dan berkesan daripada yang akan mengikuti dari pengalaman. Selain daripada itu, penambahbaikan dalam kelayakan kakitangan dan keupayaan mereka untuk mengambil peranan yang lebih tegas dan kesetiaan pekerja yang lebih baik kepada organisasi dengan lebih kesanggupan untuk inovasi dan menerima perubahan akan wujud.
Aku telah mempelajari bahawa melalui latihan yang diikuti aku mampu untuk meningkatkan prestasi pekerja yang lemah dan memastikan bahawa mereka perlu meningkatkan prestasi mereka selepas kembali daripada latihan. Di samping itu, pengunaan teknologi untuk mendaftar kursus latihan yang lebih canggih yang telah disediakan boleh juga dikemaskini dengan mudah oleh organisasi dan mendapat pekerja tanpa berbuat secara manual dengan menghantar senarai bulanan kursus latihan yang ditawarkan kepada seluruh jabatan dalam sesebuah organisasi. Menurut Hannah (2011), sistem ini telah membawa banyak manfaat untuk organisasi dan pekerja itu sendiri kerana sistem layan diri membuatkan pekerja dapat melakukan penilaian dan pembangunan diri mereka sendiri.
Melalui penggunaan sistem latihan secara sistem ini juga amat memudahkan aku untuk menyemak sebarang jenis latihan yang boleh aku pilih untuk diikuti selain ianya juga memudahkan urusanku untuk mengetahui berapa jam yang telah aku gunakan untuk menghadirikan diri ke setiap latihan. Selain itu, mereka turut boleh meningkatkan pembangunan interpersonal mereka melalui sistem ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga pekerja-pekerja senior yang tidak suka mengunakan sistem ini kerana berpendapat bahawa perubahan teknologi ini menyusahkan dan memberikan alasan bahawa mereka tidak mempunyai kemahiram komputer selain ianya tidak sesuai dalam peringkat umur mereka untuk menghadirikan diri ke setiap latihan.Bagi aku, sistem Pembelajaran dan Pembangunan adalah satu sistem yang berkesan untuk mengawal, menyediakan panduan pekerja dan pengurusan semua maklumat mengenai latihan.
Selain daripada itu, dalam Teknologi dan Pembelajaran dan Pembangunan Pekerja apa yang aku fahami adalah, ia membuatkan akuteringat kepada sistem yang digunakan oleh syarikat di manaakudiharuskan untuk menyertai program mereka. Mereka menjalankan latihan kepada kakitangan mereka sama ada pekerja asing atau pekerja tempatan. HR jabatan akan mencatat rekod latihan kakitangan mereka, pra-ujian dan pos-hasil ujian. Perkara ini adalah sangat penting untuk mencatat rekod latihan supaya dapat dijadikan rujukan kepada pihak pengurusan atasan untuk membuat beberapa keputusan.
Walau bagaimanapun, semua latihan yang mereka jalankan adalah latihan jenis bilik darjah. Mereka hanya menggunakan sistem mereka untuk mencatat rekod latihan pekerja mereka, butiran peribadi dan peratusan peningkatan mereka. Oleh itu, aku berfikir bahawa syarikat itu mahu menggunakan diinteresterifikasi sistem. Budaya syarikat itu adalah sangat penting. Selain daripada itu, kemungkinan juga ianya disebabkan oleh organisasi mempunyai pusat latihan yang tersendiri, para pelatih yang tersendiri, Justeru, mungkin disebabkan oleh faktor tersebutlah organisasi dapat menyediakan pelbagai jenis latihan yang dapat diikuti oleh semua dan setiap anggota pekerjanya.
Selain itu, aku berpendapat bahawa organisasi boleh merancang dan mematuhi latihan pekerja, pembangunan kerjaya dan juga prestasi pekerja. Sistem ini juga boleh digunakan untuk menganalisis pembangunan pekerja, membolehkan untuk mengesyorkan program latihan dan penilaian prestasi secara berkala untuk kakitangan dan akhirnya sistem ini akan membantu pihak pengurusan untuk menganalisis jenis latihan dan keberkesanannya kepada pekerja.
Kesimpulan menurut Zafir Mohd.Makhbul, Mohd.Hizam Hanafiah dan Fazilah Mohamad Hasun berdasarkan Teknologi dan Pembelajaran dan Pembangunan Pekerja adalah teknologi kini merupakan satu alat untuk memperolehi kelebihan persaingan demi organisasi. Dengan mempunyai teknologi yang canggih, organisasi berupaya bersaing dengan lebih berkesan di pasaran. Walaupun begitu, pengurus hendaklah mengetahui kitaran hayat teknologi agar teknologi organisasi sentiasa seiring dengan pekembangan semasa. Selain itu, pengetahuan manusia dalam menerimapakai teknologi adalah penting agar pembangunan teknologi dilakukan dengan berjaya.
Aku amat menyokong penyataan di atas kerana walaubagaimanapun sistem organisasiku berkembang pesat, namun pihak atasan harus menyedari bahawa tidak semua kakitangan mereka merupakan generasi Y yang menopoli kecanggihan penggunaan sistem teknologi. Oleh sebab itu, pihak pengurusan organisasiku perlulah mencari kesesuaian dalam keperluan teknologi dalam organisasi agar seiring dengan keperluan dan penerimaan setiap pekerjanya.
Rujukan :-
Zafir Mohd. Makhbul, Mohd.Hizam Hanafiah dan Fazilah Mohamad
Hasun.2009.Pengurusan Organisasi.Singapura.Cengage Learning.hlm423-446
Margaret Foot and Caroline Hook.2005.Introducting Human Resources
Management.4TH Edition.Prentice Hall.
Ab Azizi Yusof, Mohd Subri Tahir dan Mohammad Ismail.2008.Human Resource
Management a holistic approach.Shah Alam, Selangor.Arah Publications.
http://www.qou.edu/arabic/researchProgram/distanceLearning/roleWebBased.pdf
http://www.accel-team.com/human_resources/hrm_07.html
www.etsplc.com/blog/post/2011/03/28/Accelerate-employee-development
through-e-learning.aspx
http://www.trainingindustry.com/media/2462010/futurethink
future%20of%20learning%20and%20development.pdf
http://www.centreofexcellence.ie/Sectors/sfa/SFANCEDocLib.nsf/441763b04b032
b68025722e003fb55a/bc12f53469df45728025722e003f060f/$FILE/Training%20and%20
evelopment.pdf
No comments:
Post a Comment