Wednesday 17 December 2014

Undang-undang 1: Padang Permainan

Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa(FIFA).


Undang-undang Permainan
Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini.


Undang-undang 1: Padang Permainan





(a) Permukaan Padang
Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan.





(b) Ukuran padang

Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1.5 ):

Panjang  : Minimum 90m (100 ela)
Maksimum : 120m (130 ela)
Lebar    : Minimum 45m (50 ela)
Maksimum : 90m (100 ela)



Ukuran padang pertandingan antarabangsa:
Panjang  : Minimum 100m (110 ela)
Maksimum : 110m (120 ela)
Lebar    : Minimum 64m (70 ela)
Maksimum : 75m (80 ela)



(c) Kawasan padang
Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).




(d) Kawasan gol
Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.




(e) Kawasan penalti
Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol.Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol.Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti.




(f)Tiang bendera
Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.


(g) Lengkungan sudut
Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan.






(h) Tiang gol

Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).

No comments:

Post a Comment