Undang-undang 12: Kesalahan & Kelakuan Tidak Sopan
Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan
adalah dihukum seperti berikut:
1. Sepakan Percuma Terus
Sepakan percuma terus diberi kepada pasukan pihak
lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut;
- Menendang atau menendang pemain lawan.
- Membentes atau cuba membentes pemain lawan
- Menerjah ke pemain lawan.
- Merempuh pemain lawan.
- Memukul atau cuba memukul pemain lawan.
- Menolak pemain lawan.
- Tackel pemain lawan.
Sepakan percuma terus juga diberi kepada pasukan
lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:
• Memegang pemain lawan.
• Meludah pemain lawan.
• Memegang bola dengan sengaja (kecuali penjaga gol yang berada di dalam
kawasan
penaltinya).
#Sepakan percuma terus adalah dibuat dari tempat dimana kesalahan
berlaku.
2. Sepakan Penalti
Sepakan
penalti adalah diberi jika salah satu dari sepuluh kesalahan di atas dilakukan
oleh seorang pemain di dalam kawasan penaltinya, tanpa mengira kedudukan bola,
dengan syarat bola berada di dalam permainan.
3. Sepakan Percuma Tidak Terus
Sepakan
percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol, di
dalam kawasan penaltinya, melakukan salah satu dari empat kesalahan berikut:
- Mengawal bola dengan tangannya lebih dari enam saat sebelum melepaskan dari kawalan.
- Menyentuh bola semula dengan tangannya setelah bola dilepaskan dari kawalannya dan sebelum disentuh oleh pemain lain.
- Menyentuh bola dengan tangannya setelah menerimanya terus dari lontaran ke dalam oleh rakannya.
- Menyentuh bola dengan tangannya setelah menerimanya terus dari lontaran ke dalam oleh rakannya.
Sepakan
percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain, pada
pendapat pengadil:
- Bermain dengan cara yang berbahaya.
- Menyekat pergerakan pemain lawan.
- Menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya.
- Melakukan kesalahan lain yang tidak disebut dalam undang-undang 12, yang mana permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar pemain.
#Sepakan percuma tidak terus
adalah dibuat dari tempat di mana kesalahan berlaku.
Tindakan Disiplin
Kad kuning adalah digunakan untuk memberitahu
bahawa pemain atau pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diberi
amaran.
Kad merah adalah digunakan untuk memberitahu
bahawa pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan telah
diperintah keluar.
Hanya seorang pemain pengganti atau pemain yang
telah digantikan sahaja boleh ditunjukkan kad merah atau kad kuning.
Pengadil berkuasa untuk mengambil tindakan
disiplin dari ketika ia masuk ke padang permainan sehingga ia meninggalkan
padang permainan selepas tiupan wisel penamat. Pemain yang melakukan kesalahan
beramaran atau perintah keluar, di dalam atau di luar padang permainan sama ada
terhadap pemain lawan, rakannya sepasukan, Pengadil, Penolong Pengadil atau
orang lain, adalah dikenakan tindakan disiplin mengikut jenis kesalahan yang
dilakukan.
Kesalahan-kesalahan Beramaran
Pemain diberi amaran dan ditunjuk kad kuning jika
dia/beliau melakukan salah satu dari 7 kesalahan berikut:
• Bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan.
• Membantah dengan perkataan atau perbuatan.
• Sentiasa melanggar undang-undang permainan.
• Melambat-lambat memulakan semula permainan.
• Gagal beredar ke jarak yang dikehendaki apabila permainan dimulakan
semula dari sepakan penjuru, sepakan percuma atau lontaran ke dalam.
• Masuk atau masuk semula padang permainan tanpa kebenaran pengadil.
• Dengan sengaja meninggalkan padang permainan tanpa kebenaran pengadil.
Pengganti atau pemain yang telah
digantikan adalah diberi amaran jika melakukan salah satu dari 3 kesalahan
berikut:
- Kerana kelakuan tidak bersemangat sukan.
- Membantah dengan perkataan atau perbuatan.
- Melambat-lambat memulakan semula permainan.
Kesalahan-kesalahan Perintah Keluar
Pemain, pengganti atau pemain yang telah diganti
adalah diperintah keluar jika dia melakukan salah satu dari 7 kesalahan
berikut:
• Bermain dengan amat kasar.
• Berkelakuan ganas.
• Meludah pemain lawan atau orang lain.
• Menggagalkan jaringan gol pasukan lawan atau peluang jelas untuk
menjaringkan gol dengan sengaja memegang bola (ini tidak terpakai kepada
penjaga gol yang berada di dalam kawasan penalti sendiri).
• Menggagalkan peluang jelas untuk menjaringkan gol oleh pemain lawan yang
yang menuju ke arah gol lawan lawannya, dengan melakukan kesalahan yang boleh
dihukum dengan sepakan percuma atau sepakan penalti.
• Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kata-kata
kesat dan/atau gerak laku.
• Menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama.
#Pemain, pengganti atau pemain yang telah diganti
yang diperintah keluar mestilah meninggalkan persekitaran padang permainan dan
kawasan teknikal.
No comments:
Post a Comment