Undang- undang 13: Sepakan Percuma
Jenis-jenis Sepakan Percuma
1. Sepakan Percuma Terus Bola Masuk Ke Gol
1. Sepakan Percuma Terus Bola Masuk Ke Gol
- Jika dari sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol lawan, gol diberi.
- Jika dari sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol sendiri, sepakan penjuru diberi kepada pasukan lawan.
2. Sepakan Percuma Tidak Terus
#Isyarat
Pengadil mengisyarat sepakan percuma tidak terus
dengan mengangkat sebelah tangannya lurus ke atas kepala. Dia mengekalkan
kedudukan tangannya sedemikian sehingga sepakan dibuat dan bola disentuh oleh
pemain lain ataupun keluar dari permainan.
#Bola Masuk ke Gol
Jaringan gol boleh diberi hanya jika bola disentuh oleh pemain lain sebelum masuk ke dalam gol.
- Jika dari sepakan percuma tidak terus bola disepak terus kedalam gol pasukan lawan, sepakan gol diberi
- Jika dari sepakan percuma tidak terus bola disepak terus kedalam gol sendiri, sepakan penjuru diberi kepada pasukan lawan.
3. Prosedur
Bagi kedua-dua sepakan, terus dan tidak terus, bola
mestilah statik apabila sepakan dibuat dan penyepak tidak boleh menyentuh bola
lagi untuk kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain.
KEDUDUKAN SEPAKAN PERCUMA
1. Sepakan Percuma Di Dalam Kawasan Penalti
2. Sepakan percuma terus atau tidak terus kepada pasukan bertahan:
- Semua pemain pihak lawan mesti berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari bola.
- Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti sehingga bola di dalam permainan.
- Bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak terus keluar dari kawasan penalti.
- Sepakan percuma yang diberi di dalam kawasan gol boleh dibuat dari mana-mana tempat di dalam kawasan itu.
3. Sepakan
percuma tidak terus kepada pasukan penyerang:
- Semua pemain pihak lawan mesti berada sekurang-kurang 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga bola di dalam permainan.
- Bola dikira dalam permainan sebaik sahaja ianya disepak dan bergerak.
- Sepakan percuma tidak terus yang diberi di dalam kawasan gol adalah dibuat dari atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol, ditempat paling hampir di mana kesalahan berlaku.
4. Sepakan Percuma Di luar Kawasan Penalti
- Semua pemain pihak lawan berada sekurang-kurang 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga bola di dalam permainan.
- Bola dikira di dalam permainan sebaik sahaja ianya disepak dan bergerak.
- Sepakan percuma adalah dibuat di tempat kesalahan berlaku atau di tempat bola berada apabila kesalahan berlaku (mengikut kesalahan).
Pelanggaran dan Hukuman
#Jika,
semasa sepakan percuma dibuat, pemain pihak lawan berada hampir dengan bola
dari jarak yang dikehendaki:
•
Sepakan dibuat semula.
#Jika,
semasa sepakan percuma dibuat oleh pasukan bertahan dalam kawasan penaltinya,
bola tidak disepak keluar dari kawasan penaltinya:
•
Sepakan dibuat semula.
Sepakan
percuma yang dibuat oleh seorang pemain selain daripada penjaga gol.
#Jika,
setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola sekali lagi
(kecuali dengan tangannya) sebelum bola menyentuh pemain lain:
• Sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada
pasukan lawan, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku.
#Jika,
setelah bola berada di dalam permainan penyepak dengan sengaja memegang bola
itu sebelum ianya menyentuh pemain lain:
• Sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan
sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku.
• Sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan
berlaku di dalam kawasan penalti penyepak.
Sepakan percuma yang dibuat oleh penjaga gol
#Jika,
setelah bola berada di dalam permainan penjaga gol menyentuh bola itu sekali
lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum bola menyentuh pemain lain:
• Sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan
sepakan itu dibuat di tempat kesalahan itu berlaku.
#Jika,
setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol sengaja memegang bola itu
sebelum ianya menyentuh oleh pemain lain:
• Sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan
lawan jika kesalahan berlaku di luar kawasan penaltinya, sepakan itu dibuat di
tempat kesalahan berlaku sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada
pasukan lawan jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penaltinya, sepakan itu
dibuat di tempat kesalahan berlaku.
No comments:
Post a Comment