Undang- undang 15: Lontaran Ke Dalam
Lontaran ke dalam adalah suatu untuk memulakan
semula permainan.
Lontaran ke
dalam adalah diberi kepada pasukan lawan pemain yang akhir sekali menyentuh
bola apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di
udara.
Gol tidak boleh dijaringkan terus dari lontaran ke
dalam.
Prosedur
Semasa melontar bola ke dalam, pelontar
• Mengadap ke padang permainan.
• Sebahagian dari tiap-tiap kakinya berada di atas
garisan tepi atau di atas tanah di luar garisan tepi atau di atas tanah di luar
garisan tepi.
• Melontar bola dari belakang dan melalui atas
kepalanya.
• Melontar dari tempat di mana keluar dari padang
permainan.
• Semua pemain lawan mesti berdiri tidak kurang 2m (2
ela) dari tempat di mana lontaran ke dalam itu dibuat.
•
Bola dikira di dalam permainan apabila ia masuk ke dalam padang
permainan.
• Setelah melontar, pelontar tidak boleh menyentuh
bola sekali lagi sehingga ianya telah menyentuh oleh pemain lain.
Pelanggaran dan Hukum
Lontaran ke dalam oleh pemain selain daripada
penjaga gol
Jika,
setelah bola berada di dalam permainan, pelontar menyentuh bola sekali lagi
(kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh oleh pemain lain:
• Sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada
pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku.
Jika,
setelah bola berada di dalam permainan, pelontar dengan sengaja memengang bola
sebelum ianya menyentuh pemain lain:
• Sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan
lawan, sepakan itu dibuat di tempat mana kesalahan beraku.
•
Sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan
penalti pelontar itu.
Lontaran ke dalam oleh penjaga gol
Jika, setelah bola berada di dalam permainan,
penjaga gol menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya
menyentuh pemain lain:
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada
pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol sengaja memegang
bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:
sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan
lawan jika kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol berkenaan dan
sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku.
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada
pasukan lawan jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penjagi gol
berkenaan, sepakan itu dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.
Jika seorang pemain lawan dengan cara tidak adil mengganggu tumpuan atau
menghalang pelontar:
• Dia diberi amaran kerana kelakuan tidak bersemangat
sukan.
Untuk pelanggaran lain
Undang-undang ini:
Lontaran ke dalam adalah dibuat oleh pemain pasukan
lawan.
No comments:
Post a Comment