Undang- undang 14: Sepakan Penalti
Sepakan penalti dikenakan ke atas pasukan yang
melakukan salah satu daripada sepuluh kesalahan yang dihukum dengan sepakan
percuma terus di dalam kawasan penaltinya semasa bola di dalam permainan.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penalti.
Tambahan masa adalah dibenar untuk sepakan penalti
yang akan dibuat pada akhir setiap bahagian masa atau pada akhir tempoh masa
tambahan
Posisi Bola dan pemain-pemain
Bola:
Mesti diletakkan di tanda penalti.
Pemain yang membuat sepakan penalti
•
|
Mesti dikenal pasti.
|
|
|
Penjaga gol bertahan
• Mesti berada di atas garisan gol, menghadap penyepak di antara
tiang-tiang gol sehingga bola disepak.
Kedudukan pemain-pemain selain daripada penyepak
mesti berada:
•
Di dalam padang permainan.
•
Di luar kawasan penalti.
•
Di belakang tanda penalti.
•
Sekurang-kurang 9.15 m (10 ela) dari tanda penalti.
Prosedur
• Setelah semua pemain mengambil tempat menurut undang-undang, Pengadil
memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat.
• Pemain yang mebuat sepakan penalti mesti menyepak bola ke hadapan.
• Dia mesti tidak memainkan bola sekali lagi sehingga bola menyentuh oleh
pemain lain.
• Bola dikira di dalam permainan apabila disepak dan bergerak ke hadapan.
Apabila
sepakan penalti dibuat pada masa permainan biasa, atau masa yang dilanjutkan
pada separuh masa atau masa penuh untuk membolehkan sepakan penalti dibuat atau
dibuat semula, jaringan gol adalah diberi jika, sebelum melintasi di antara tiang-tiang
gol dan dibawah palang gol:
- Bola menyentuh satu atau kedua-dua tiang gol dan/atau palang gol dan/ atau penjaga gol
- Pengadil memutuskan bila sepakan penalti itu telah disempurnakan.
Pelanggaran dan
Hukuman
Jika
pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat, dan sebelum bola berada
di dalam permainan, salah satu dari yang berikut:
Pemain yang
membuat sepakan penalti
melanggar Undang-undang Permainan:
pengadil membenarkan sepakan diteruskan.
• Jika bola masuk
kedalam gol, sepakan dibuat semula.
• Jika bola
tidak masuk ke
dalam gol, pengadil
berhentikan permainan dan mulakan semula permainan dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan bertahan di
tempat mana kesalahan berlaku.
Penjaga gol melanggar undang-undang Permainan:
•
Pengadil membenarkan sepakan diteruskan.
•
Jika bola masuk ke dalam gol, jaringan diberi.
•
Jika bola tidak masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula.
Rakan
pemain yang membuat
sepakan melanggar Undang-undang
Permainan:
Pengadil membenarkan sepakan diteruskan.
•
Jika bola masuk ke
dalam gol, sepakan dibuat semula.
•
Jika bola
tidak masuk ke
dalam gol, pengadil
berhentikan permainan
•
Dan mulakan semula
permainan dengan sepakan percuma tidak terus
•
Kepada pasukan
bertahan di tempat mana kesalahan berlaku.
Rakan Penjaga gol melanggar Undang-undang
Permainan:
Pengadil
membenar sepakan diteruskan.
•
Jika bola masuk ke dalam gol, jaringan diberi.
•
Jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula.
Seorang pemain dari kedua-dua pasukan bertahan
menyerang melanggar Undang-undang Permainan
•
Sepakan dibuat semula. Jika
selepas sepakan penalti dibuat.
Penyepak menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum
bola menyentuh oleh pemain lain:
Sepakan percuma tidak terus adalah
diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku. (rujuk
undang-undang 13 - kedudukan sepakan percuma).
Penyepak
dengan sengaja memegang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:
•
Sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat
di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 - Kedudukan Sepakan
Percuma).
Bola disentuh oleh anasir luar semasa ianya bergerak ke hadapan:
•
Sepakan dibuat semula
Bola melantun ke dalam padang permainan dari
penjaga gol, palang gol atau tiang gol dan kemudiannya disentuh oleh anasir
luar:
Pengadil berhentikan permainan
Permainan dimulakan semula dengan jatuhan bola
ditempat bola disentuh anasir luar, kecuali jika ianya menyentuh anasir luar di
dalam kawasan gol maka Pengadil membuat jatuhan bola di atas garisan kawasan
gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada
semasa permainan diberhentikan.
No comments:
Post a Comment