Undang-undang 4: Peralatan Pemain
(a) Keselamatan
Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang
bolehmembawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain
yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.
(b) Peralatan asas
Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian.
Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain:
I . Jersi
II . Kasut bola
III. Seluar pendek
IV . Stoking
V . Pelindung kaki
(a) Pelindung kaki (shin guards)
Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung
kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah
atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.
(b) Penjaga Gol
Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada
pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil.
(c) Pelanggaran Peraturan
Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka
melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan
meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga
diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan
meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola
terkeluar dari padang.
No comments:
Post a Comment