Undang-undang 5: Pengadil
(a) Kuasa pengadil
Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan
mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak.
(b) Tugas Pengadil
Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil:
- Melaksanakan undang-undang perlawanan.
- Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.
- Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.
- Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4.
- Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan.
- Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar.
- Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang.
- Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil.
- denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan.
- Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang.
- Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan.
- Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya.
- Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.
(c) Keputusan pengadil
Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar
keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau
setelah berbincang dengan pembantu pengadil.
No comments:
Post a Comment