PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI,
PEMBELAJARAN PEMBANGUNAN KERJAYA (ELD)
Pembangunan
kerajaya merupakan pendidikan formal iaitu suatu latihan yang dapat
meningkatkan kerjaya seseorang dalam sesuatu organisasi contohnya kursus
Pemantapan Jati Diri. Dengan adanya kursus ini dapat meingkatkan kualiti
pekerja tersebut. Dengan adanya pembangunan kerjaya ia dapat membantu pekerja
pada masa akan datang iaitu contohnya dari seseorang itu tidak mahir
berkaitan dengan akaun, maka selepas menghadiri kursus tentang akaun, pekerja
tersebut menjadi mahir dan mampu melaksanakan tugas dengan lebih produktif
lagi. Dengan adanya pembangunan kerjaya, pekerja tersebut dapat meningkatkan
pengetahuan dan prestasi kerja. Citrin, James M and Smith, Richard A (2003)
Sistem
Sumber Manusia (HRIS) adalah sebuah perisian ataupun sebuah sistem yang mengendalikan
sistem data pekerja iaitu data peribadi pekerja, cuti, kursus, ataupun apa
sahaja tentang maklumat pekerja yang berkait rapat dengan organisasi. Dengan
adanya sistem HRIS majikan dapat mencari data-data pekerja dengan mudah,
teratur dan senang. Biasanya maklumat yang terdapat di dalam sistem tersebut
ialah data-data peribadi pekerja, pengalaman pekerja, gaji pekerja dan prestasi
pekerja itu sendiri. Dengan adanya maklumat-maklumat tersebut, majikan dapat
menyediakan latihan yang sesuai untuk pekerjanya berdasarkan prestasinya,
kelayakannya dan kesesuaian kursus tersebut.
Apabila
kursus dilakukan melalui Sistem Sumber Manusia, pengendalian kursus akan
menjadi lebih mudah berbanding penggunaan secara manual. Iaitu peserta hanya
meletakkan data peribadi di sistem tersebut dan memilih kursus yang
berkelayakan. Di situ pemohon juga dapat melihat kursus yang ditawarkan. Dan
pemohon dapat melihat bilakah kursus tersebut dijalankan.
Kursus
atas talian dengan cara mendaftar di sistem internet yang disediakan. Cara
peserta menghadiri kursus tersebut ialah hanya duduk di hadapan komputer yang
mempunyai sistem kursus tersebut dan tidak perlu pergi ke tempat yang jauh
untuk menghadiri kursus. Di dalam rumah juga peserta boleh menghadiri kursus
tersebut dengan syarat mereka mempunyai komputer yang mempunyai sistem kursus
tersebut. Berbanding dengan kursus di luar mereka perlu ke suatu tempat kursus
dan memerlukan masa yang lama untuk pergi ke tempat kursus. Kos dapat
dikurangkan dengan menggunakan sistem. Mereka tidak perlu menggunakan banyak
peralatan seperti kertas, tempat kursus seperti dewan. Tetapi masih terdapat
kelemahan terhadap kursus atas talian iaitu pengajar tidak dapat memantau
sepenuhnya apa yang peserta buat sepanjang menghadiri kursus tersebut. Tidak
semua kursus boleh dilakukan secara atas talian, hanya kursus yang bersifat
fakta seperti kursus pengenalan pekerjaan yang hanya perlu peserta duduk di
hadapan slide yang dipenuhi maklumat organisasi. Dengan adanya sistem ini
dapat meningkatkan kualiti kursus serta menjimatkan masa.
No comments:
Post a Comment