BAB 2: PERANCANGAN REKABENTUK LATIHAN
2.1 TAJUK :
Program Sukan Bola Sepak
2.2 TUJUAN :
Program
Sukan Bola Sepak ini bertujuan untuk membantu jurulatih, guru sukan, pengurus
kelab atau organisasi mendapatkan garis panduan secara jelas bagaimana latihan,
undang-undang, teknik dan taktik sukan bola sepak itu dijalankan.
2.3 OBJEKTIF :
Objektif
utama pelaksanaan program latihan ini adalah untuk:
i.
Memberikan akses kepada semua individu untuk mendapatkan faedah daripada
penglibatan dalam sukan khususnya kepada individu yang kurang aktif atau tidak
aktif;
ii.
Membangunkan program sukan walau di mana sahaja dalam ke arah
meningkatkan penyertaan individu di dalam sukan;
iii.
Memberikan peluang kepada semua individu yang berbakat dan berpotensi
dalam sukan terutamanya pelapis sukan bola sepak untuk digilap ke tahap yang
lebih tinggi.
2.4 MATERIAL :
Semua keperluan asas bagaimana Sukan
Bola Sepak dijalankan seperti:
i.
Padang;
ii.
Bola;
iii.
Tiang gol beserta net.
2.5 KUMPULAN
SASAR :
Program ini adalah terbuka kepada semua individu
terutamanya jurulatih, guru sukan atau pengurus kelab/pasukan yang ingin
mandapatkan garis panduan yang jelas dan mudah difahami.
No comments:
Post a Comment